Surah Al Fil.

Terjumpa #penawar #kanser dengan surah Al Fil ni dalam whatsapp semalam. Siapa yang ada kenalan atau sedara mara yang ada masalah #kanser, #cyst, atau #fybroid, boleh la tag atau share post ni. Mudah-mudahan post ni bermanfaat tuk dorang.

==============================
PENAWAR KANSER dengan surah Al-Fil
==============================

Setiap kali lepas sembahyang baca

Surah Al Fatihah – 1 kali
Surah Al Ikhlas – 3 kali
Selawat ke atas nabi – 3 kali
Surah Al Fil – 21 kali

Memang setiap orang tahu, “Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.”

Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.

—————————————-
S U R A H A L – F I L

Alamtarakai fafa’alarabbuka bi asha bilfil
Alam yaj ‘al kaidahum fitadhlil
Waarsala ‘alaihim toiran ababil
Tarmihim bihija ratim minsijjil
Faja’alahum ka asyfim makkul

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ

Maksudnya:

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah..?

(Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)(1)

Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka..?(2)

Dan Allaah telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan..! (3)

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras..!(4)

Lalu Allaah menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat..!(5)

————————————————

Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser

1. Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.

2. Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.

3. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!

(Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan
tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir
Surah Al-Fil itu)

*** Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.

*** Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.

*** Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.

***Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

#PS: Dr H pesan “Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt”.

Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.

Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat dimenafaatkan. Aminnn.

Terima kasih Ustaz ADAM S.H.

Advertisements

Assalamu’alaikum

Tiada sesuatupun didunia ini yang kekal,
maka ukirlah cerita,
cerita yang indah untuk dikenang,
karena dunia itu sendiri adalah sebuah cerita..☺☺

*salam menjelang maghrib*

55

*55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH*

*1. PANDANGAN MATA*
Pandangan mata adalah anak panah iblis.Lihat bukan muhrim sekali saja.Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari.Tiada khusyuk.

*2. MAKAN GARAM*
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan.Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

*3. MINUM TANGAN KANAN*
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan.Iblis minum dengan tangan kiri.

*4. SESAAT DI JALAN ALLAH*
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan Hajarul Aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar “hai kawan ayuhlah kita solat”.

*5. LANGKAH KANAN*
Masuk masjid kaki kanan,keluar kaki kiri.Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri.Masuk tandas kaki kiri,keluar kaki kanan.

*6. MAKAN TIGA JARI*
Nabi SAW makan kurma dengan 3 jari iaitu jari ibu,telunjuk dan tengah.Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

*7. JAMINAN ALLAH*
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah,orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

*8. GUNTING BULU*
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting,mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

*9. JANGAN BERSIUL*
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia,iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

*10. CARA POTONG KUKU TANGAN*
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan,disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

*11. CARA POTONG KUKU KAKI*
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

*12. PANJANG LENGAN BAJU*
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

*13. PAKAIAN KESUKAAN*
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

*14. BERSIWAK*
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi),satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih.Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

*15. DOA DALAM SUJUD*
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

*16. ADAB DI TANDAS*
Masuk tandas kaki kiri,pakai alas kaki dan tutup kepala.

*17. ADAB MAKAN*
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas.Sepertiga makanan,sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

*18. TIGA JENIS ORANG*
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta,orang miskin yang sombong.

*19. PAKAI MINYAK WANGI*
Memakai minyak wangi adalah sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat,ke masjid atau ke mana sahaja.

*20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR*
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

*21. CINCIN PERAK*
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri.Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

*22. SOLAT FARDHU DI MASJID*
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah.Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

*23. PAKAI CELAK*
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

*24. PANJANG PAKAIAN*
Panjang pakaian,jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali.

*25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH*
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah.Jika anda waras dan sempurna akal,dimanakah anda akan solat?

*26. MENGUAP*
Menguap adalah dari syaitan.Bila rasa hendak menguap,tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

*27. MENYIMPAN JANGGUT*
Memotong misai dan menyimpan janggut.Lebih afdal dengan jambang sekali.Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

*28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR*
Jangan menghadap/membelakang Kiblat ketika buang air kecil/besar. Dibolehkan bila dalam bangunan,itupun kalau terpaksa.

*29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH*
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

*30. POSISI TIDUR*
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan,muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

*31. MINUM LEPAS MAKAN*
Lepas makan nasi jangan terus minum.Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

*32. TIDUR SEBELUM ZOHOR*
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

*33. BERDIRI HORMAT*
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

*34. PAKAIAN BERWARNA*
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu/Buddha khususnya bagi lelaki.

*35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN*
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin.Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

*36. MENU RASULULLAH*
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

*37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK*
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal,minyak wangi dan susu.

*38. KETAWA RASULULLAH*
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

*39. MINUMAN RASULULLAH*
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

*40. HISAP AIR DALAM HIDUNG*
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

*41. BERI MAKAN ANAK YATIM*
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim.Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas,syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

*42. LARANGAN PAKAI CINCIN*
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

*43. BANGUN TIDUR*
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

*44. KONGSI MAKANAN*
Jangan kedekut berkongsi makanan.Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

*45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR*
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor.Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

*46. ISTIGHFAR*
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

*47. JANGAN MENCACI MAKANAN*
Jangan mencaci makanan.Jika suka,makanlah,jika tidak suka biarkan sahaja.

*48. APABILA BERTAMU*
Apabila bertamu,jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

*49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS*
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam.Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

*50. MAKANAN PANAS*
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas.Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

*51. GILIRAN MINUM*
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol,hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

*52. 3 AMAL*
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15hb Hijrah),solat Dhuha dan solat sunat Witir.

*53. JANGAN TIDUR MENIARAP*
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

*54. CARA PEGANG MISWAK*
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

*55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH*
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya….

*Sebarkan..supaya lebih ramai lagi yg mengamalkan sunnah.Jom amalkan sunnah Nabi!!*

Anak perempuan.

Bila ada anak perempuan.

Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan.
Jujur
Masa dia kecil kecik dulu
Tak rasa sangat cabarannya
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya

Mak sentiasa pesan,
Ada anak perempuan jangan ambil mudah..
Jangan buat tak endah
Tanggungjawab nya berat
Tugasnya amat besar

Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki

Bila ada anak perempuan
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup
Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan.
Tidak terdedah sana sini
Tidak ketat menonjol
Ajarkan mereka erti malu
Ajar pakai yang sopan sopan
Besederhana menikmati zaman kanak kanak

Bila ada anak perempuan
Tak boleh dibiar tidur sana sini
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik
Bahayanya ada dimana mana
Jangan percaya kepada sesiapa

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka sentuhan selamat
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat
Jangan biarkan anak berseorangan
Sentiasa temani mereka
Biar kita susah hari ini
Dari menangis dikemudian hari

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka tentang harga diri
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri
Kerena diri mereka sangat berharga

Bila ada anak perempuan
terangkan kepada mereka tentang haid,
dan kehamilan bila mereka sudah baligh
Usah malu untuk memberi ilmu
Bimbang mereka cari di tempat salah

Bila ada anak perempuan
Pilihlah rakan untuk mereka
Kenali juga siapa kawan mereka
Rakan yang baik menjadi penguat
Rakan yang nakal menjadi pemusnah

Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa handphone mereka
Apa yang dikongsi
Apa yang ditulis
Ambil tahu

Bila tiba saat kau lepaskan mereka-Hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik
Jagalah maruah diri
Jagalah maruah keluarga

Biarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadid

Bila ada anak perempuan
Berdoalah,
Mohon dijaga kehormatan diri mereka
Mohon dijaga keselamatan mereka
Moga moga Allah jaga dan lindung..

Perkongsian utk kita bersama ibu ayah🌹

Credit Puan Farhan

Syikin Zahir
Anak perempuan sorang ja

Umrah.

🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊

*​​PROMOSI UMRAH SYIFA SUNNAH BERSAMA AF UST. MUBI (12 hari/10 malam)​‼‼‼​*

Assalamualaikum w.b.t

Pakej Umrah Syifa’ Sunnah bersama *​​AF Ustaz Mubi (Pengasas Akademi Rawatan Islam Syifa Sunnah Malaysia)​​* dengan harga berpatutan.

📆 : 10 – 21 Dis. 2018

✈ : MAS /SAUDI

🏬 : al multazam / makarem (Mekah) jarak hanya 150 mtr.

💵 : RM 7290 (deposit RM 1000 sahaja)

🛬 : Ourdeen Travel Sdn. Bhd. (Dibawah Harmony Excellence Holidays Sdn. Bhd.)

Info & Pendaftaran boleh whatsapp 👇

📲 http://www.wasap.my/60173669356/
(Hj. Khairi)
📲 http://www.wasap.my/60192084929/
(Ust. Ghufran)
​​CEPAT SEAT DAH TAK BANYAK​​

Sertai group whatsapp untuk mengetahui berita semasa berkenaan umrah. 👇👇👇

https://chat.whatsapp.com/FcKDt2xiLJ9GGGAFEys2eN

*Mohon tolong sebarkan ke group lain. Terima kasih.*

Berhati hati.

MENIPU KANAK-KANAK

Dalam hadith riwayat Ahmad, baginda mengatakan:

من قال لصبي تعال هاك ثم لم يعطه فهي كذبة
“Sesiapa yang mengatakan kepada budak kecil ‘Kesini, ambil ini’ kemudian dia tidak memberikannya maka dia dikira berdusta.”

Saya hidup bersama 3 orang adik, dan yang paling rapat dengan saya ialah adik bongsu. Sewaktu cuti semester, menjadi tugas saya untuk hantar dan jemput dia pulang dari tadika.

Setiap kali hantar dia ke tadika, dia akan menyuruh saya jemput dia pada jam 2 petang. “Janji eh ambil adik pukul 2. Kalau tipu berdosa masuk neraka.” Allahu saya dengar, berat rasa hati.

Jadi saya memang akan ambil dia pada jam 2 atau lewat sedikit. Itu pun sudah rasa bersalah. Jika saya lambat, saya akan beritahu dia awal-awal lagi yang saya akan jemput dia lewat petang. Nasib baik ada nursery di sana. Kalau saya mungkir janji, saya akan minta maaf dan jika bawa duit, saya akan belanja dia beli apa yang dia suka dalam 7E.

Sewaktu kelas kaunseling, kami ada belajar tentang satu teori ini menceritakan bahwa kanak-kanak itu lebih banyak belajar melalui pemerhatian berbanding apa yang dia dengar (nasihat dari ibu bapa/cikgu etc) Malah jika yang dilihat itu seorang dewasa sedang memukul sesuatu, dia ada potensi untuk pukul lebih dahsyat.

Jadi saya risau jika saya pandang pada amalan menipu kanak-kanak, adik saya akan nampak perkara itu sebagai normal dan akan terbiasa dengan amalan itu hingga ia menjadi sebahagian dari hidupnya.

Hari ini betapa ramai ibu bapa khususnya, yang menjanjikan macam-macam kepada anak-anak mereka hanya untuk mendiamkan mereka dari merengek atau menangis. Janji coklat itu, janji mainan ini. Menipu tetap menipu, kepada siapapun yang anda tipu.

Berlaku jujurlah dalam setiap hal walau sekecil apa pun, kerana yang kecil itu mungkin besar maknanya dalam hidup.

“Sebahagian orang menipu kanak-kanak kerana mereka biasanya tidak menuntut kembali janji itu sedangkan hakikatnya perbuatan ini meletakkan pelakunya dalam perbuatan menipu.” [Al-Dhiya’ al-Lami’ min al-Khutab al-Jawami’ 7/514]